Orang Hindu memperingati beberapa
peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan Deepavali:
- Kembalinya Lord Rama ke
Ayodhya: Deepavali
juga meraikan kembalinya Rama, Raja Ayodhya, bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah 14 tahun hidup dalam buangan, disusuli satu
perang yang menyaksikan Rama membunuh raja syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala
pelita sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh
sebab Rama pergi dari India Selatan ke kerajaannya di India Utara, maka
baginda merentasi bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah sebabnya
perayaan ini disambut sehari lebih awal di India Selatan. Di India Utara,
perayaan ini disambut pada hari terakhir kalendar Vikram. Hari berikutnya menandakan tahun baru India Utara
yang bergelar Annakut.
- Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari
sebelum hari Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam bahasa Tamil), seekor syaitan
durjana yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga ketika detik ini dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum kematian
Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai
satu avatar Bhudevi - ibu Narakasura), bahawa semua orang patut
menyambut kematiannya dengan chaaya berwarna-warni.
Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan
bulan) untuk memperoleh separuh jasad Raja Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata. Deepavali
ialah hari pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Raja Shiva menerima
Shakti ke dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma sebagai Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya
mematuhi vrata 21 hari ini dengan melakukan kalasha dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis persembahan
selama 35 hari. Hari terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri vrata.
- Krishna menewaskan Indra: Govardhan
Puja disambut sehari selepas Deepavali. Inilah harinya Raja Krishna
menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah, Krishna memantau
persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan kepada Dewa Indra dan
menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna berbincang dengan para
penduduk kampung mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah
golongan petani, maka mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu
perhatian kepada pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna
terus mengatakan bahawa semua insan sepatutnya hanya mengerjakan 'karma'
diri, dengan sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena
alam. Para penduduk kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan
puja (prayer) istimewa itu. Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung.
Krishna kemudiannya mengangkat Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai
perlindungan kepada rakyatnya dan lembu-lembu mereka dari hujan. Indra
akhirnya mengaku kalah dan memperakui keagungna Krishna. Aspek riwayat
Krishna ini sungguhpun tidak diketahui ramai, namun sebenarnya menyediakan
asas kepada falsafah 'karma' yang diterangkan secara terperinci dalam Bhagavad Gita.
- Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta
Purana,
Deepavali dikaitkan dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali ke
bumi setahun sekali. Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab 'Onam' disambut.
Perayaan 'Onam' jatuh sekitar Ogos-September.
No comments:
Post a Comment